merdeka.. merdeka merdeka....
tanggal 31 bulan 8 57 ...
merdeka merdeka
tetaplah merdeka
ia pasti menjadi kenangan
malaysia tanah airku..
tahun ini genaplah 50 tahun kemerdekaan tanah airku
yg dahulunya dikenali sebagai tanah melayu...
aku bangga menjadi rakyat malaysia
kerana aman damai
tak ada bom meletup
tak ada bunyi tembakan..
aku bebas... dari penjajahan
segalanya bebas
merdeka merdeka merdeka
merdekasilamat tahun Balu cina & Happy valentine day
mark^anthoni blogged on 06:26 pm
Permalink
....................
Prolog.
Tiba-tiba seekor lalat terbang dan masuk ke dalam buih Nescafe tarik aku.
Menggelupur buat seketika sebelum terus senyap. Tak bergerak. Mungkin sudah
berakhirnya kehidupan seekor lalat.
'Kakkk...masuk lalat lah, tolong buat yang lain ya...' kata aku
'Maaflah dik, kakak buat yang lain ya.' Kata kakak itu.
...dan aku meneruskan kehidupan seperti biasa.
******************************************************************
Nama aku Mat. Nama betul aku tak payahlah korang tahu, cukuplah kalian
mengenali aku sebagai Mat sahaja sepertimana kebanyakan rakyat Malaysia ini.
Biasalah kan, korang pun selalu dengar 'mamat tu kurang ajar
betul..tiba-tibanya masuk ke depan kereta aku, dah lah tak bagi signal...'
atau 'hari tu tayar kereta aku pancit tepi highway, nasib baik
ada Mamat sorang tu berhenti tolong, kalau tidak tak tahulah aku...' atau '
Ngko ingat aku tak kenal mamat tu hah? Kalau aku nampak ngko dengan dia lagi, aku bagi kat situ jugak..'. Nama Mamat dah menjadi sinonim dengan kehidupan
kaliansehari-hari.
Aku ? Aku adalah seekor lalat dari spesis Musca Domestica atau Lalat Rumah
dari keluarga Diptera iaitu serangga yang mempunyai dua sayap. Aku adalah
antara 1.5 juta spesis lalat yang berterbangan di seluruh dunia. Aku berusia
8 hari dan pada usia sebegini aku sudah menjadi dewasa. Aku sudah
menghabiskan sekolah rendah dalam masa 2 hari, sekolah menengah dalam masa 2 hari dan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam masa 3 hari. Kelmarin
aku baru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Makanan dan Sampah
Sarap.Tak ada konvokesyen macam Mat Jan, cuma ambil ijazah di tepi tong
sampah sahaja.
Malam tadi, semasa aku berterbangan mencari sesedut makanan, aku singgah
sebentar di lorong belakang sebuah bangunan. Aku nampak seorang perempuan
yang cantik. Bergaya dan seksi sekali. Aku singgah sebentar
di atas bahunya sebab aku nak survey kalau ada sisa-sisa makanan yang ada
sekitar kawasan itu. Malangnya aku dihalau dengan libasan tangannya sambil mulutnya memaki hamun aku. 'Celaka punya Lalat..!' kata dia. Aku dihina sebegitu rupa seolah-olah aku adalah seekor binatang. Aku bukan binatang, aku adalah
serangga. Walau aku dituduh sebagai pembawa penyakit dan virus yang
merbahaya bersama-sama Sang Nyamuk, sekurang-kurangnya aku lebih baik dari
dia.
Seberapa ketika kemudian aku melihat dia dipimpin oleh seorang lelaki masuk
ke dalam bilik belakang bangunan. Sekotor-kotor aku, engkau lebihkotor,
lebih celaka !.
Aku meninggalkan kawasan kotor itu dengan maki hamun di dalam hati. Aku
terbang lagi dan aku mengembara di atas bumi Tuhan ini. Aku sekadar
ingin mencari rezeki dari rezeki yang kamu buang dan kamu humban di dalam
tong sampah. Hinakah aku?. Rezeki yang Tuhan bagi kepada kamu, kamu bazirkan
dan kamu berikan pada aku.Siapa yang lebih hina? Aku tak pernah sia-siakan
sisa-sisa rezeki kamu. Kalau banyak, aku panggil kawan-kawan aku. Kami
berkenduri di situ. Sekurang-kurangnya aku menyapu-nyapu tanganku sebelum
menjamah makananmu tidak seperti kebanyakan kalian yang langsung tidak
membasuh tangan.
Apabila hari dah pagi, aku terbang melata lagi. Itulah kerja aku dan itulah
kehidupan aku. Aku singgah sebentar di satu tong sampah belakang sebuah
rumah.Deria rasaku pada kaki-kakiku memberitahu sesuatu. Ada banyak makanan.
Ada yang masih elok untuk di makan oleh kalian. Sudah rezeki aku.
Sambil makan, aku melihat pada sehelai surat khabar. Aku membacanya sebaris
dua dengan mata yang kabur sebab aku mempunyai mata kumpuan yang mampu
menyedarkan aku pada setiap kilas pergerakan.(aku pandai membaca ketika usia
aku satu hari di sekolah rendah jenis kebangsaan lalat). Isi beritanya
memualkan aku. Berita dari prosiding Mahkamah, berita rogol, bunuh,
culik,rasuah dan sebagainya. Selera makan aku terpadam. Dalam
masyarakat aku tak ada berita-berita itu semua. Apa yang biasa aku dengar
dalam masyarakat aku
hanya berita kematian lalat yang ditampar dengan sadisnya oleh
manusia,kematian lalat yang disembur dengan Ridsect atau Sheltox,kematian
lalat akibat sakit tua atau kematian lalat akibat terkena renjatan elektrik
pada perangkap ultra violet. Berita-berita yang memualkan itu menyebabkan aku
segera meninggalkan tempat itu. Aku sudah tiada selera untuk makan. Kalian
memang memualkan aku. Sehina-hina masyarakat aku, masyarakat kalian lebih hina sebenarnya.
Sambil terbang, aku terfikir. Kenapa aku dituduh dengan bermacam-macam
tomahan? Aku tidak pernah berak atas badan kalian tapi kenapa titik-titik
hitam ciptaan Tuhan itu dikatakan sebagai tahi aku?.
Ironinya, bila tahi aku berada di penjuru bibir kalian, itu dikatakan manis?
Kenapa bila kalian pening-pening dikatakan sebagai pening-pening aku? Kenapa aku dijadikan perumpamaan seperti lalat langau mengerumuni bangkai? Sedangkan tahi aku dan kitaran hidup aku pada bangkai itu menjadi maklumat penting kepada Pathologist untuk menganggarkan usia kematian kalian.
Kenapa ada juga perumpamaan 'lalat terbang dipipiskan lada' ?. Eh, itu
burung, ngko jangan
nak tipu aku. Aku Bahasa Malaysia dapat 'A' tau.
Begitulah buruk dan hodohnya aku pada mata kalian.
Kadang-kadang aku pun ingin menjadi seperti burung. Terbang tinggi menyapu
awan tapi aku tetap bersyukur dengan anugerah Tuhan. Dengan sayap-sayap ini
aku belajar erti kehidupan kalian. Walau aku cuma mampu hidup selama 40 hari
dan sekiranya aku melangkaui 40 hari kemungkinan aku mampu hidup sehingga ke
100 hari. Itu hakikat kehidupan aku yang mungkin kalian
tidak tahu. Aku hanya mampu berdoa agar aku mampu hidup sehingga 100 hari
dan aku cuba menghindari kawasan-kawasan berisiko tinggi. Tidak seperti
kalian yang mencari mati di atas jalan-jalan raya dengan motosikal-motosikal
dan kereta-kereta turbo bagaikan pelesit. Peliknya, aku masih dipandang hina dan
bodoh.
Matahari semakin tinggi dan cuaca menjadi semakin panas. Aku perlu mencari
tempat yang nyaman untuk aku tenangkan fikiran. Bukan tempat yang terlalu
sejuk dan membeku kerana di tempat sebegitu, aku mampu pengsan selama
berpuluh-puluh hari dan aku hanya akan sedar sekiranya aku dipanaskan balik
dengan sedikit haba. Aku terjumpa sebuah tempat yang berhawa dingin, sebuah
pejabat yang cantik. Aku masuk dengan menumpang seseorang yang membuka
pintu. Aku terbang dengan ceria sebab tubuhku menjadi sedikit dingin terkena
hembusan pendingin hawa. Aku terpandang sebuah komputer yang
terbuka dan seseorang sedang mangadapnya dengan penuh konsentrasi. Aku
singgah sebentar di atas kerusinya. Dia tidak menyedarinya. Terlalu
asyik dia. Aku cuba membaca apa yang terpapar pada skrin komputer.
'Ah !, sebuah
Blog dengan nama Life Is A Fairytale...terdapat sebuah catatan tentang
seekor lalat, apa ke jadahnya dia membaca cerita pasal lalat? Tak ada
kerja ke dia? Boss dia tahu atau tidak yang dia sedang berpura-pura
berkerja? Apa dia tak sedar yang majikannya membayar gaji dia untuk membuat
kerja dan bukannya membaca sebuah cerita tentang entah apa-apa..' bisik hati
kecil aku.
Manusia, manusia...
Lalu aku terbang meninggalkan dia yang masih lagi membaca catatan tentang
seekor lalat. Mungkin dia ingin tahu tentang ending cerita lalat.
Menarik sangat kah cerita seekor lalat?. Entahlah....
...dan aku masih dianggap kotor, jijik dan hodoh.
*********************************************************************
Epilog.
Lalat itu meninggal di dalam buih-buih air Nescafe tarik aku pada usia 10
hari. Dia tidak sempat menatap terbitnya fajar ke 100 harinya. Mungkin itu
sudah ketentuannya. Kalau dia hidup sehingga 100 hari mungkin dia sudah
menjadi presiden lalat-lalat dan dengan daya fikirnya yang tinggi, dia
mungkin mampu mengumpulkan lalat-lalat seluruh dunia dan menyerang manusia.
He he he. Jangan marah lalat.
(kajian menunjukkan bahawa 80 peratus manusia yang membaca cerita ini akan
memandang ke belakang kerusinya dan mencari kot-kot ada lalat...)
Cerita Baik :: Menolong Seekor Lalat
mark^anthoni blogged on 05:02 am
Permalink
Dahulu terasa indah
Tak ingin lupakan
Bermesraan selalu jadi Satu kenangan manis
Tiada yang salah
Hanya aku manusia bodoh
Yang biarkan semua ini permainkanku
Berulang ulang kali
Mencoba bertahan sekuat hati
Layaknya karang yang dihempas sang ombak
Jalani hidup dalam buai belaka
Serahkan cinta tulus di dalam takdir
Tak ayal tingkah lakumu
Buatku putus asa
Kadang akal sehat ini
Tak cukup membendungnya
Hanya kepedihan
Yang selalu datang menertawakanku
Engkau belahan jiwa
Tega menari indah di atas tangisanku
Semua kisah pasti ada akhir
Yang harus dilalui
Begitu juga akhir kisah ini
Yakinku indah
Tapi sampai kapankah kuharus
Menanggungnya kutukan cinta ini
Bersemayam dalam kalbu

mark^anthoni blogged on 05:01 am
Permalink
....................
Kalau Lelaki Handsome, Apa Perempuan Kata?
Kalau Lelaki Tak Handsome, Apa Plak Kata Perempuan?
Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...
kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!
kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...
kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!
kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...
kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...
kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...
kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...
kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....
kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?
Kadang-kadang lelaki kureng handsome ni diperlakukan tidak adil oleh kaum wanita. minta maaflah kaum wanita semua kalo anda terasa aku akui gak sebab benda ini terjadi gak pd kaum wanita yg kureng cantik... cuba fikirkan lah sejenak kaum lelaki dan kaum wanita semua
_________________
mark^anthoni blogged on 11:06 pm
Permalink
....................